Cara Ukur Langsir : Tempah Langsir

Assalamualaikum wbt.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasallam.
Jumaat penghulu segala hari.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan langsir, anda boleh membuat ukuran terlebih dahulu.

Bagaimana nak ukur?

Sebaik-baiknya gunakanlah pita pengukur / measuring tape untuk membuat pengukuran yang tepat.
Jangan guna pembaris budak sekolah ye...atau pita ukur baju ye...yang tu sesuai untuk saiz tingkap/pintu yang pendek jer...:)


Pita pengukur ni harganya tak sampai RM10.  Saya beli kat kedai serbaneka di Giant UMall harganya dalam RM7 jer.  Benda ni mesti ada kat rumah, senang nak ukur benda yang panjang2.  Unit ukuran dalam sentimeter, inci, kaki, dan meter.  Panjang tape ni 16 kaki atau 5 meter.

 Pita Pengukur - Measuring Tape

Nak ukur rel langsir guna tape ni ye :)

Untuk mengukur LEBAR langsir yang akan dibuat:

REL ALUMINIUM (kalau ada 2 layer)
~ Rel layer pertama : ukuran dibuat dari hujung ke hujung rel.


~ Rel layer kedua : ukuran dari hujung layer pertama (lihat gambar)



Kalau ada 3 layer rel, maka ukuran rel yang ketiga seperti gambar di atas dan rel kedua, ukuran seperti rel pertama.

Kenapa ukur macam ni?
Supaya langsir nampak kemas, menutup langsir di rel kedua dan pertama.
Kalau tak nak ukur macam ni pun tak apa...:)  Masing-masing punya citarasa.

ROD KAYU
Rod kayu ni biasanya memang 1 layer jer....jarang orang guna 2 layer rod kayu.
Ukurannya macam dalam gambar.


Ukur dari hujung tombol ke hujung tombol macam dalam gambar...tombol jangan kira sekali.


Untuk ukur LABUH langsir

Ukur dari rel hingga ke lantai.
Untuk labuh langsir tingkap, jika tingkap itu berada di ruang tamu, sebaik-baiknya labuhnya hingga ke lantai juga.  Jika langsir untuk tingkap bilik, labuhnya lebihkan 15-20 inci dari frame tingkap.

Okey itu sahaja untuk proses pengukuran.  Ukur dalam unit inci atau sentimeter.  Kalau nak kira kos upah jahit, tukar ke unit kaki.

Kira betul-betul ye...kiraan yang salah akan menyebabkan langsir kurang cantik.  Lebih tak best lagi kalau terpaksa di ulter langsir tu.  Kan dah buang masa dan buang tenaga.

Selamat Mengukur (^_^)