Tempah Langsir : Upah Jahit Langsir 2013 TERKINI



Tempah Langsir : Upah Jahit Langsir Terkini

Assalamualaikum WBT.
Berhajat untuk menempah langsir?
Langsir baru untuk menukar suasana rumah atau kediaman anda...
Langsir baru untuk majlis istimewa...
Langsir baru untuk rumah baru...
Langsir baru untuk Hari Raya...
Langsir baru untuk tahun baru.....:)


Jika perlu, luangkan sedikit masa anda untuk mengetahui :

--------------------------(^_^)------------------------

UPAH MENJAHIT LANGSIR

Badan Langsir
- RM5 hingga RM13 sekaki. Bergantung pada jenis kain atau paten.

Kening Langsir
- Harga mengikut paten : RM5-RM25 sekaki.

Tieback & Table Runner
- Harga dari RM5


PATEN LANGSIR

BODY Curtain / BADAN Langsir

(A) Day Curtain (Kain Nipis)  
(B) Night Curtain (Kain Tebal)

     1)   Jahit lurus 1 lapis
           Jahit lurus 2 lapis (body + kening) 
                      
      2)   Paten pleat 1 lapis (apa2 jenis pleat)
            Paten pleat 2 lapis (body + kening) 
             - disertakan cangkuk yang siap dipasang pada langsir.
                      
      3)   Paten Smocking dan Pencil Pleat  ~  ( Klik untuk melihat Paten )
                  
      4)   Paten Eyelet  ~  (Klik untuk melihat Paten Eyelet)

      5)   Roman Blind  ~  (Klik untuk melihat Paten Roman Blind)
               
      6)   Paten Slot In  ~  (Klik untuk melihat Paten Slot In)

Paten Pleat:

KENING Langsir

1)   Pelmet  ~  (Klik untuk melihat paten Pelmet)
       
2)   Eyelet  ~  (Klik untuk melihat Paten Eyelet)
        
    
4)   Aneka Scallop  ~  (Klik untuk melihat paten Scallop)
    
5)   Scallop + Pelmet  ~  (Klik untuk melihat paten Scallop)
       
6)   Box Pleat + Pelmet  ~  (Klik untuk melihat paten Box Pleat)
        
  ** Disertakan cangkuk yang siap dipasang pada semua jenis kening langsir.


TIEBACK / PENGIKAT Langsir 
Saiz Kecil, Sederhana & Besar.
** Semua tieback ada kain pengeras.  (Klik untuk melihat contoh tieback)

TABLE RUNNER
~ Bergantung pada : - ukuran  - design  -aksesori yang digunakan 
             (Klik untuk melihat contoh Table Runner)

Emel @ PM saya untuk mengetahui harga upah setiap paten.
Terima Kasih.
(^_^)

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan bolehlah berhubung dengan saya:
Facebook Ida Man Langsir 
SMS / CALL 0127839352
Email idafidah11@gmail.com

Tempahan Langsir : Haji Zin Taman U

Assalamualaikum wbt.

Tempahan langsir paten butterfly pleat dan paten slot in oleh Tn Haji Zin dari Taman U, Skudai untuk kali pertama.  Menurut beliau, beliau menemui iklan saya di Mudah.my.  Katanya lagi, tempahan ini adalah sebagai percubaan, kalau jahitan saya okey...makanya beliau akan membuat tempahan lagi.


Tempahan langsir untuk tingkap jenis sliding yang besar macam pintu sliding 3 panel.  Manakala gambar bawah langsir bilik paten slot in sahaja iaitu langsir terus masuk pada rod kayu.


Langsir siap dalam masa 1 hari sahaja dan kami bertemu di Petronas Pulai Perdana untuk proses penyerahan kain bahan dan langsir siap.

Kemudian, selang beberapa minggu, beliau menghubungi saya lagi untuk tempahan langsir yang lebih banyak. Alhamdulillah.  Tapi tiada gambar dapat dilampirkan :(.  

Untuk 2-3 bulan kebelakangan ini, banyak perkara-perkara yang tidak terduga dan mengejut berlaku pada kami dan juga keluarga kami.  Semuanya bersatu menjadi kenangan, menjadi pedoman, menjadi pengajaran dan menjadi penguat untuk meneruskan perjuangan sebagai hambaNya.

Berbalik kepada tempahan Tn Haji tadi, kami dijemput untuk datang ke rumahnya mengambil kain bahan yang telah dibelinya.  Rumah beliau di Jalan Kebangsaan 2.  Siapa pernah masuk kawasan perumahan area Jalan Kebangsaan?  Dah lama duduk JB dan selalu ke Taman U dan selalu nampak ada 4-5 guard duduk kat pintu masuk kawasan perumahan Jalan tu tapi saya tak pernah tahu pulak rumah mereka yang duduk situ jenis apa.

Sampai kat guard, kami beritahu nak ke rumah Haji Zin.  Tak payah tinggal IC atau lesen memandu kami terus dibenarkan masuk.  Mata terus mencari-cari Jalan Kebangsaan 2, mak aiii....rumah satu2 macam istana!  Besarnya...mewahnya...kerja apa diorang ni ek...Punyalah khusyuk tengok rumah gedabak2...sampai tersalah masuk jalan.

Patutlah masa 1st time jumpa untuk ambil kain, beliau guna kereta BMW lama, 2nd time guna kereta BMW baru.  Tapi saya tak delah charge harga upah jahit tu lain-lain ye...sama jer harganya.

Sampai di rumahnya, beliau sudah pun menunggu...nah rumahnyaaa.  Tapi langsir yang beliau tempah bukan untuk rumahnya yang besar tu....Beliau sedang buat satu rumah kayu 2 tingkat yang bersaiz kecil ala2 cottage yang diberi nama 'Tudor Cottage' yang terletak di hadapan banglonya.  Langsir yang beliau tempah untuk cottage yang hampir siap.  Memang best lah cottage tu.

Langsir beliau sepatutnya siap dalam masa 1 minggu tapi seperti yang katakan tadi, ada perkara yang mengejutkan telah berlaku pada keluarga kami dan Tn Haji memahaminya.  Jadi langsir beliau diserahkan lewat dari waktu yang telah dijanjikan.



Saya bagi pihak IdaMan Langsir juga memohon maaf kerana tidak membalas mesej2 rakan-rakan di FB dan juga email.  InshaaAllah jika tiada halangan, IdaMan Langsir akan beroperasi seperti biasa.

Sekian, wassalam.



Perkhidmatan Mengecat Rumah

Assalamualaikum wbt.



Selain menerima tempahan langsir dan memasang rail, kini kami juga menyediakan perkhidmatan mengecat rumah : ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik atau bahagian luar rumah.

Boleh menggunakan cat sendiri atau kami sediakan cat.

Kos upah bergantung pada jenis rumah dan bahagian dinding yang perlu dicat : jenis rumah ; teres, apartment, flat, corner lot, tengah, 1 tingkat, 2 tingkat.
  Kawasan perkhidmatan meliputi kawasan Johor Bahru, Senai, Skudai dan Kulai.

Sebarang pertanyaan dan rundingan boleh berhubung terus dengan Shafie 012-7318657.

Wassalam.


Antara Koleksi Fabrik Elyza Untuk Langsir

Assalamualaikum wbt.

Bagi peminat kain Elyza...ini antara fabrik jenis Elyza yang boleh dijadikan langsir yang menawan.
Pelbagai jenis paten langsir dengan menggunakan kain Elyza...
..............Eyelet.............
..........Roman Blind.........
............Pelmet...........
.............Scallop............

Elyza 1

Elyza 2

Elyza 3

Elyza 4

Elyza 5

Elyza 6

Elyza 7

Elyza 8

Elyza 9

Elyza 10

Elyza 11

Elyza 12

Terima kasih atas kunjungan anda (^_^)